"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Wednesday, October 28, 2015
HIJAU......
Alhamdulilah, pohon-pohon masih menghijau walau pun jerebu sudah amat berlarutan lamanya.
Cuaca berjerebu, ekonomi rakyat pun berjerebu.
Tetapi rakyat masih terus berharapan...........
Masih ada pautan keyakinan keadaan ekonomi akan pulih, walaupun ia akan mengambil masa yang agak lama. Tetapi ramai yang rasa cemas, khuatir kalau-kalau negara tidak dapat mengatasi masaalah yang dihadapai dan rakyat tidak akan dapat menahan kesabaran dan mungkin akan mengambil tindakan yang membahayakan keselamatan negara.
Esuk siapa yang tahu?....
Berbagai yang diperkatakan dalam sidang Parlimen. Rakyat hendak mendengari kata siapa.
Saya cuba mendengari sudut Hijau dan kehijauan .....
(A colour to be reckoned with), ini warna parti pembangkang PAS. Ia sedang bergolak kerana perbezaan pendapat dalaman yang kini sudah mencetuskan penubuhan Parti Politik yang baru.
Saya tidak bertujuan berbicara tentang fenomena ini kerana saya bukan pakar dan ilmu politik saya hanya secebis sahaja. Cuma saya ingin mengatakan bahawa saya tertarik dengan isi ucapan Presiden PAS dalam Parlimen dalam membahaskan Belanjawan 2016. Anda boleh mengikutinya di U tube.
Beliau bercakap beralaskan minda yang mentauhidkan Allah. Saya rasa agak lega, kerana saya yakin Allah maha Mendengar dan Allah maha Melihat. Semoga Allah mengasihani rakayat dan menurunkan pertolonganNYA. Semoga di hujung jalan akan ada kesejahteraan. Jom kita muhasabah diri. Pasti kita juga ada kesalahan dalam hal ini. Kita bertaubat, berusaha membuat perubahan yang sewajarnya dalam semua aspek kehidupan dan kita berdoa dan bertawakal.
Subhanallah, Allahuakbar !
........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment