"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, October 9, 2015

Mengenang masa ....(51 tahun berlalu)...





Saya sudah penat membaca dan mendengari cerita kegawatan politik dan ekonomi negara sekarang ini. Semoga Allah akan menurunkan pertolongan pada mereka yang terpedaya dan merasa dizalimi. Semoga  semuanya mendapat keampunan sesudah mengaku kesilapan dan berazam kembali kepangkal jalan. Setiap kita adalah bertanggongjawab dan semoga musibah ini akan berlalu dengan penuh hikmah untuk ditauladani.

Buat sekarang saya ingin ceritakan suatu peristiwa yang sudah lama saya tunggu-tunggu....iaitu bertemu dengan kekawan lama semasa bersekolah dahulu.

Saya mulakan dengan perjalanan menaiki bas untuk ke Pontian, Johor, tempat saya dilahirkan dan dibesarkan. Ada beberapa teteman yang sukarela mengaturkan program untuk 2 malam dan 3 hari kami bersama di Pontian dan di daerah sekelilingnya.

Lihatlah poster di sebelah kiri. Melihatnya pun saya sudah merasai keseronokannya.

"WEEKEND GETAWAY"....51st Anniversary reunion. Sebuah nostalgia....

LOGO untuk PONTIAN SECONDARY ENGLISH SCHOOL sudah tidak wujud lagi. Sekolah asalnya pun sudah menjadi lokasi sebuah sekolah rendah. (nanti saya cerita berasingan).





Saya dan suami menaiki bas dari TBS di Salak Selatan ke Pontian dengan harga tiket rm21 seorang bagi warga emas. Foto diatas ialah Perhentian Terminal Bas di Pontian. Foto di bawah dikirim oleh seorang teman untuk menunjukan kecanggihan yang sudah berlaku. Allah menganugerah perubahan asal sahaja kita berusaha. Allah maha Pengasih dan maha Penyayang.

Berikut adalah antara pemandangan bandar Pontian kini.












Saya tidak tinggal di hotel tetapi senghaja duduk dirumah kakak saya. Saya masih sentimetal mengenang peristiwa-peristiwa saya bersekolah dan sering menziarahi kakak saya kerana itu satu-satunya hubungan yang ada sekarang.






Kakak saya dan menantunya serta cucu-cucu menghantar saya oulang di Terminal Bas Pontian. Ibarat mahu keluar negara. Itu yang membuat ziarah seperti mahal rasanya di hati sanubari. Saya hanya tinggal 2 orang kakak dari 6 orang kakak. Setiap detik bersama amt saya hargai. Entah bila bertemu lagi........

......

No comments:

Related Posts with Thumbnails