"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, October 10, 2015

Menjejak sejarah....(51 tahun berlalu)...





Bercerita mengenai sejarah, biasanya kita merasakan suatu nostalgia.

Begitu juga kami murid-murid tua yang rata-rata berumur 68-70 tahun apabila membuat lawatan ke tapak lama sekolah kami yang kami tinggalkan 51 tahun yang lalu....PONTIAN SECONDARY ENGLISH SCHOOL.

Tapak ini sudah diambil alih oleh sebuah sekolah rendah, Tengku Mahmud Iskandar.Semuanya teruja menaiki bas, tetapi bila sampai di tapak rasa seperti sayu sedih kerana sudah tidak nampak seperti Sekolah lama kami. Kami bertemu dengan Penolong Guru Besar yang bertugas dan beliau membawa kami melihat-melihat sekeliling kawasan. Kami diberi taklimat ringkas. Saya rasa sayu begitu cepat masa berlalu. 







Tidak mudah untuk "get connected" dengan Guru ini kerana ia lahir tahun 1966. Kami meninggalkan sekolah itu pada tahun 1964. Namun ia baik hati dan rasa teruja menemui kami yang menunjukan minat yang tinggi untuk menghargai sejarah sebuah sekolah.

Tapi Saya rasa sejarah Sekolah saya ini akan luput sama-sekali ditelan zaman. Dengan lain perkataan ia akan terkubur dalam memori sebaik sahaja kami-kami semua sudah tidak ada lagi di muka bumi ini. (adat kata, tidak lama lagi....)

Mungkin tidak tertulis dimana-mana buku sejarah pun walaupun Sekolah itu megeluarkan bijak pandai dalam mengendali negara samada secara langsung atau tidak langsung. Pelajar selepas kami, iaitu dalam tahun 1965, mereka berpindah di sekolah baru yang diberi nama SEKOLAH SERI PERHENTIAN. Sejarah kami tamat dalam tahun 1964.

Ah.....tidak mengapa. Itu adat dunia. Kakak saya mengingtkan jangan terlalu sedih sebab Allah melihat amalan solih kita. Apalah sebuah sejarah jika ia kekosongan semangat pengabdian pada yang maha Pencipta.

Pada tahun enampuluhan (1960an) tidak ramai yang bercerita mengenai agama. Saya masih teringat ketika itu Pakcik saya mengarahkan emak saya untuk menghantar saya ke sekolah Arab, sebab takut jadi Kristian.(Na'uzubilah). Emak saya berpendirian tegas katanya pergi sekolah Arab nanti sijilnya tidak diterima untuk kerja yang baik dalam kerajaan. Saya ingat akan bicara itu tetapi tidak faham dan ikut sahaja apa kata emak.










Foto yan di tengah dan bawah kelihatan bangunan lama yang masih di guna. Simin yang luas itu ialah bekas Basketball Court zaman kami lagi. Bangunan yang atas itu ialah bangunan tandas lama. Sudah tidak digunakan tetapi masih tercegat tidak dirobohkan. Agaknya menanti saya rakam dalam blog saya sebagai sejarah anak cucu saya melihatnya. Kami belegar legar dalam 30-40 minit dan meninggalkan tapak lama Pontian Secondary English School dengan memberi sumbangan RM1000 untuk PIBG sekolah rendah itu.....sebagai kenangan manis. Saya rakam taman-taman indah sekolah ini untuk saya mengingati lawatan itu.





Nanti saya sambung lagi cerita menjejak sejarah ini......insyaAllah.

......

No comments:

Related Posts with Thumbnails