Dengan riang rianya kami menaiki bas seperti anak-anak kecil teruja dibawa berjalan makan angin. Dihadapan sekali ialah Mr Peter, salah seorang guru kami. Dia guru sejarah tetapi saya lebih mengingatinya sebagai guru sukan.
Pagi itu jam 10 kami terus sahaja ke arah kukup. Kami akan berhenti dahulu di Tanjung piai. Ramai juga yang belum pernah ke sana. Banyak perubahan berlaku pada kemudahan jalan raya dan tempat letak kenderaan, tetapi selain itu ia tidak banyak berubah. Saya sudah beberapa kali membawa saudara dan anak cucu dan tidak terasa apa-apa yang baru dari segi layanan pelancung dan kemudahan rehat bagi pelancung. Maaf kata, ia tidak cukup menarik. Kami ambil foto kumpalan dan terus menuju kukup laut untuk makan tengah hari.
Restorant di kukup Laut dilihat dari jauh, dan
di bawah ini sebahagian dari makan laut yang dihidang.
Alhamdulilah.
Selepas makan kami menaiki bot untuk
menuju ke PULAU KUKUP JOHOR NATIONAL PARK.
Kelihatan bot yang kami naiki dan ahli kumpulan riang ria menyayi.
(Seperti children age 6-60....oooops almost 70)
Sebahagian dari kami berhenti diKelong.Kelihatan Loh Kee Sing,
Ketua rombongan yang bekerja kuat. Ia jiran saya semasa sama-sama bersekolah dan terus menetap
di Pontian. Saya dapat tahu ibu bapanya telah lama muninggal dan seorang abangnya pun sudah meninggal. Rumah keluarga sudah tiada dan kini terdiri sebuah kilang kecil.
Apa yang sangat memukau ialah Pulau Kukup Johor National Park.Lihat foto-foto berikut;
Ketua rombongan yang bekerja kuat. Ia jiran saya semasa sama-sama bersekolah dan terus menetap
di Pontian. Saya dapat tahu ibu bapanya telah lama muninggal dan seorang abangnya pun sudah meninggal. Rumah keluarga sudah tiada dan kini terdiri sebuah kilang kecil.
Apa yang sangat memukau ialah Pulau Kukup Johor National Park.Lihat foto-foto berikut;
Kelihatan di atas akar pokok bakau yang paling besar dan tinggi dari permukaan air.
Lihat ketinggian berbanding ketinggian suami saya.
Jam 3 petang kami beredar pulang. Malamnya kami ada majlis
makan malam di restoran Melayu, KEMANGI.
Perjalan atas boardwalk hanya sepanjang 600 meters. Tetapi saya tidak sampai kehujungnya.
Sudah kepenatan. Walaupun semasa sekolah seorang ahli sukan, tetapi diumur senja
sudah banyak halangan.
Kami sampai jam 5 petang setelah mengambil jalan jauh untuk pulang sambil
melihat-lihat perubahan pembangunan yang berlaku. Amat jauh berubah dari segi pembinaan jalan raya dan rumah-rumah kediaman.
Alhamdulillah. Hajat melihat pulau kukup kesampaian. Saya rekomen untuk pelancung melawat kesana. Restaurant Pulau Kukup punya kemudahan menyelesakan diri yang amat baik.
Selamat berkunjung.
........
No comments:
Post a Comment