Setelah selesai melihat lokasi tanah untuk tanam pisang, saya dan kekawan tidur di Tune Hotels, Kulim. Hotel ini biasa sahaja dan kami yang bermusafir dengan buget yang rendah maka Tune Hotel menjadi pilihan. Jika tidak menggunakan tuala, pendingin udara, TV harga sebilik mampu terbayar. Alhamdulilah. Setelah penat berpeluh-peluh melihat lokasi tanah maka Tune Hotel amat selesa untuk rehat dan tidur malam yang nyenyak.
Esuknya kami siap awal untuk ke Kangar dan Padang Besar melancung sambil menziarahi Adik ipar teman yang bersama kami buat kali pertamanya. Kami makan di sebuah Food Court seperi Foto di bawah ini. Suasanyanya amat menceriakan hati dan hidangan makanan amat menyelerakan.
Kami namakan tempat ini THE KULIM RIVEIRA. Semacam tempat makan minum santai di negara Barat. Kami seronok sendiri dan berangan......
Kalau ada yang berminat carilah sendiri sebab saya dah lupa nama sebenarnya.
Oleh kerana musim Jerebu maka cuaca nampak redup dan "nyaman". Tetapi kami peka bahaya jerebu dan cepet-cepat kami makan dan beredar. Kami sarapan di situ dua kali kerana rasa amat selesa dan menyelerakan. Kata saya pada teteman: "tak mampu ke Europe, kita luaskan imaginasi kita di tempat ini ." Dalam umur dewasa tua ini kami tertawa seronok. Teringat peristiwa melancung semasa muda dahulu. Alhamdulilah. Allah kurnia menikmati anugeerah Rahmatnya.
Di Kangar kami menziarahi Adik teman saya. Ibu Norlida namanya. (Dahulu Ibu Norlida menjadi Guru Besar SmarTop Subur Fitrah yang sama-sama kami bangunkan di Tangkak, Johor. Terima kasih Norli.) Ini rumah "baharunya" setelah berkahwin semula dengan Ustaz yang yang juga berseorangan setelah kematian isterinya. Kami dijamu makan tengah hari yang amat menyelerakan. Allah menyusun segalanya. Sebagai hamba kami menerima ketentuanNya penuh redha. Ustaz mengurus dan mengajar di MATRI dan pertama kalinya saya melawat institusi pendidikan itu yang telah wujud lebih dua dekad lamanya. Saya ketinggalan zaman.....
Kami tinggal di "Homestay" yang istimewa kerana kami di iktiraf tetamu dan bermalam secara percuma. Orang Perlis bermurah hati. Itulah antara ciri silaturrahim antara saudara seIslam. Alhamdulilah.....
Tidak lepas peluang.....
Kami ke Padang Besar juga walaupun tergesa-gesa kerana masa amat terhad. Sudah banyak perubahan kerana saya sudah lama tidak ke sana. Akhir sekali mungkin lebih 15 tahun yang lalu. Saya dapati membeli-belah tidak sangat menyeronokan kerana harga barangan sudah agak mahal. Penjual mengatakan ini adalah kerana nilai Ringgit Malaysia yang sudah merudum jatuh nilainya. Apakan daya. Kami rakyat biasa dan membeli sekadarnya.
Sekurang-kurangnya kami dapat minum air kelapa muda yang amat sedap dan menyegarkan. Nikmat Allah itu berbagai. Berlapang dada dan semuanya menjadi lumayan yang tidak terhingga nikmatnya. Alhamdulilah.....
Dalam perjalanan pulang kami singgah di Kota Kuala Muda untuk menziarahi kenalan lama yang sudah menjadi seperti keluarga. Kami dijamu makanan laut kerana tempat itu terkenal dengan makanan laut yang banyak dan murah harganya. Kami juga dibekalkan dengan ikan dan udang untuk dibawa pulang. Alhamdulilah.....
Rumahnya sedehana sahaja tetapi hati budinya amat kami sanjung. Mak Teh kelihatan dikiri sekali dan Pak Teh yang berpakaian baju putih. Mereka muda sedikit sahaja dari saya tetapi tenaganya masih cergas, jauh lebih kuat dari kami. Kurnia Rahmat Allah itu berbeza. Allah maha Adil dan maha Bijaksana. Kita sahaja yang sering lupa untuk melihat apa yang tidak ada itu sebenarnya ada. Susah hendak diterjemah. Tidak mengapa.Semoga satu hari nanti Allah izin kita dapat menghayatinya.
Perjalanan pulang dari utara yang santai dan nyaman walau pun bejerebu.
Semoga Allah memberkati usaha kami.
.....
No comments:
Post a Comment