"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, October 10, 2015

Memori 51 tahun yang lalu....







Memori 51 tahun yang lalu kali ini saya bercerita secara personal. Pada hari terakhir "Weekend Getaway" kami dijemput khas ke rumah seorang teman satu kelas, Class of '64. Soo Hing namanya. Dia antara teman baik saya dahulu di kelas dan jemputan ke rumahnya membuat saya amat teruja.

Rasa di hati seperti remaja semula......

Ada seorang lagi teman Sin Ching. Dia tidak berapa sihat dan hanya dapat bersama pada hari terakhir. Bertemu selepas 51 tahun boleh jadi suatu yang membawa emosi.....rasa teruja dan rasa betapa bersyukur saya dapat bertemu semula.Masa adalah hak Allah semata-mata. Tidak saya sangka-sangka dapat peluang seperti itu.



Yang di kiri saya Soo Hing dan di kanan saya Sin Ching.
Sin Ching adala regu dalam acara sukan....4X100 meter relay. Di Daerah Pontian kamilah raja sukan. Saya juga ambil bahagian dalam 100 meter pecut dan 200 meter pecut. Masa yang saya ingat tercatat terbaik bagi 100 meter ial 14.1 saat dan tidak terpecah hingga beberapa tahun selepas itu. Bukan berbangga....hanya nostalgia.
Soo Hing adalah teman berbasikal kesana sini semasa sekolah dahulu.



Ini sebahagian dari teman-teman berbasikal. Dan kami pernah berbasikal hingga ke Serkat, sebuah kampung teman akrab saya, sejauh 14 batu, (lebih kurang 25kilometer?) Ia amat hampir dengan Tanjung Piai yang pada waktu itu tidak wujud sebagai destinasi pelancongan.



Ini teman-teman favorite....kononnya the cream girls of form 5.
 Perasannnnnn.Ujub namanya.
Hanya 3 perempuan Melayu. (pandai setakat sekolah kampungan, luar bandar
dan sebahagiannya ketika itu adalah sekolah atap.)
Allah maha mengetahui dan maha menentukan.
Semoga mendapat keampunan.


Ini foto semasa kami ditingkatan 4 bersama pengetua 
Mr Radha Krishnan 
dan isterinnya guru kelas kami.



Foto ini dengan Mr Menon, Guru kelas tingkatan 5 dan guru English Literture.
Kini beliau sudah sedikit uzur dan tidak dapat bersama dalam
"Weekend Getaway" kita. 
(Foto-foto hitam putih ini tidak ada dalam simpanan saya. Semasa berkunjung ke rumah Soo Hing dia mengedarkannya untuk lihat seronok bersama.)
Semoga Allah mengampuni segala tidak kesempurnaan dan saya naikmuat foto-foto ini sebagai ingatan sejarah.
Ketika itu pengaruh budaya British amat kuat. Negara baru Merdeka selama 7 tahun.



Saya sangat rindu pada teman di kanan saya, Hafsah namanya.
Semoga dapat bertemu lagi. Sesiapa yang mengenali beliau, mohon dapat maklumkan saya.


Ini antara teman-teman sibuk bersembang cuba memendekan masa
 yang telah lama berlalu.
Jamuan makan amat sedap sekali dan Soo Hing amat peka dan peduli menjaga yang halal dan tidak halal. Semua makan ditempah khas dari Katerer Melayu 
termasuk semua pinggan mangkuknya.
Saya rasa terkesan dengan budi baiknya.


Ini antara mereka yang kejayaannya menyerlah.


Suami saya hanya memerhati. Dia tidak ada kumpulan seperti ini 
dan seronok meneman saya.



Ini kenalan baru. Istimewa buat saya.Poh Keat namanya. Saya tidak pernah dalam satu kelas atau dalam satu angkatan tingktan sekolah menengah. Ceritanya unik. Ia "dropout" semasa skolah rendah
dan menyertai The British Army. Dia terus berhubung dari masa kemasa dengan beberapa teman setia. Maka itulah dia bersama kami. Dia datang khas dari Melbourne.
Cerita punya cerita maka timbul fakta bahawa dia seorang Atheist.
Saya senyum dan cuba membawa dia kearah fahaman saya.
Panjang ceritanya. Saya cuma tegaskan padanya bahawa untuk memahami Islam, bacalah alQuran. Jangan cuba memahami Islam dari orang Islam kerana kita boleh terkeliru.
Dia setuju dan insyaAllah bila bertemu lagi tahun hadapan saya akan sambung cerita itu.
Allah maha Menentukan.



Ini hiasan bunga di rumahnya. 


Ini sebahagian dari teman di hadapan rumahnya.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Semua kami berharap bertemu lagi tahun hadapan. Hanya Allah menentukan.
Semoga ada munafaat dari pertemuan ini.



Bila pulang ke rumah saya berbicara pula dengan suami sebagai satu rumusan. Saya katakan kalaulah Dasar Pendidikan Negara kita tidak terlalu sempit dalam Wawasan dan Objektifnya, maka saya rasa hal-hal perkauman tidak menjadi seperti sekarang ini.
Dahulu kami boleh mesra dengan kaum lain, dan kini boleh berseronok bertemu semula, saya kurang yakin generasi sekarang dapat merasai apa yang kami rasai....love and tolerance. Dua faktor ini penting untuk membangun bersama dengan mesra.
Saya rasa terkilan tidak dapat berbahasa Mandarin, juga anak cucu saya, walhal kita dikelilingi orang berbahasa Mandarin.

Banyak lagi yang boleh dikatakan. Mungkin dilain entry. In sya Allah.
Semoga Allah mengampuni dan meredhai.

.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails