"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, October 8, 2015

From Acheh with Love.....






Baru-baru ini anak angkat saya dari Acheh datang berkunjung. Walaupun bukan kunjungan santai ia amat menyeronokan kami sekeluarga kerana dalam apa jua keadaan ia masih ingat pada kami dan rasa yakin akan hubungan mesra yang ada.

Kali ini ia datang dengan abang iparnya yang memerlukang rawatan hospital kerana disyaki ada kena mengena dengan janyungnya. Kami bantu uruskan di Hospital Selayang dan kini telah dapat dirawat, walaupun ia memerlukan pemeriksaan berkala. Abang iparnya pulang awal dan anak angkat saya,Junaidi namanya, tinggal untuk beberapa hari lagi.

Junaidi adalah salah seorang dari 3 anak angkat saya dari Acheh. Dahulu mereka belajar di Malaysia sebelum melanjutkan pengajian mereka ke Mesir. Waktu itu mekea sering tinggal di rumah kami waktu cuti dan kami amat seronok mengiktiraf mereka sebagai anak angkat. Kini mereka sudah tamat pengajian di Mesir dan masing-masing sibuk dengan kerjaya mereka.





Hubungan kasih mesra sebagai anak amat nyata. Kami selalu berhubungan di Media sosial dan tahu perkembangan hidup mereka di Acheh. Kami pernah ziarah mereka di Acheh dan kini kami punya 6 orang cucu di sana. Alhamdulilah.

Saya suka kongsikan foto di sebelah kiri ini kerana saya dapat merasakan hubungan erat antara kami. Seperti dahulu mereka membantu dengan kerja-kerja rumah seperti membersihkan bilik dan halaman, kini ia terpanggil untuk memotong rambut suami saya.

Hubungan mesra bukan kerana harta. Mereka hidup sederhana dan kami juga rakyat biasa. Cerita-cerita kami dalam sembang santai merangkumi cerita keluarga dan lebih dari itu Junaidi suka bercerita tentang kegawatan negara-negara Islam kini. Ia ingin menulis sebuah buku mengenainya  tetapi belum kesampaian.

Kami doakan semoga buku itu akan menjadi kenyataan. Semoga Allah memberi ilham dan memudahkan.

Sayu bila ditinggalkan kerana dengan umur kami dan kederat kami yang makin berkurangan, entah bila kami akan berjumpa lagi. Semoga kami dapat berjumpa 3 sekali dan cucu-cucu semua. Alangkah seronoknya. Semoga Allah merestui dan meredhai.
Aamiin....

.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails