Pagi ini timbul semula rasa dendam nak marah pada sesaorang yang diri ini sekarang rasa hampa dan kecewa untuk berbicara apa jua. Marah kerana nyata diri ini tidak pandai menilai, tidak pandai meneka.Kata ustaz kalau marah sedang duduk, hendaklah berbaring. Kalau marah sedang baring hendaklah bangun. Kalau masih marah hendaklah ambil wuduk.
Dalam kehidupan ini pasti ada ranjau yang harus dilalui, ada bukit bukau yang pasti perlu didaki dan ada bermacam karenah yang perlu ditangani. Ini rasanya mudah diatasi jika ada keyakinan dan ada harga diri.Bagi wanita, harga diri adalah elemen yang paling dipegang kuat dihati. Tapi pastinya semua insan perlu ada rasa harga diri. kerana jika hilang rasa harga diri seperti kebanyakan remaja Malaysia, maka mereka terpaksa direhatkan di Pusat Serenti untuk melihat semula minda dan hati.
Kebanyakkan wanita akan tergugat harga diri jika merasai kasih dihati di perenyuk seperti tak guna lagi. Tetapi setengah orang mengatakan perasaan itu bukan berasaskan prinsip-prinsip hadith dan al Quran.Itu mengikut syaitan.Jika tidak dibendung, akan terjerumus di lembah kebinasaan. Fakta inilah yang selalu dipergunakan oleh pihak-pihak yang berpegang dirinya yang benar, prinsipnya luhur mengikut panduan Rasulullah tersayang. Jika di sentuh perihal Rasulullah ia tak boleh dibincang sewenana-wenang takut terjerumus ke arena yang sesat dan menyesatkan. Jadi wanita selalunya terperangkap atau seolah-olah seperti terperangkap dan ini amat menyedihkan.
Esuk lusa rasa seperti ini munkin lenyap seketika terselit dalam lipatan-lipatan hidup yang sentiasa kesibukan. Oleh itu kena cari sudut-sudut keindahan yang Allah berikan walaupun kita serba kekurangan. Di sisi Allah pastinya terletak keadilan yang tidak dapat dipertikaikan. Manusia akan sentiasa cuba memperbenarkan tindakan kerana keselesan EGO mesti terus dipertahankan. Ini sebenarnya masaalh insan, mahu sentiasa rasa dirinya diraikan. Jika tidak akan timbul kesangsian kerana tidak lagi duduk di 'center stage' dalam kehidupan.Dalam masyarakat politik, masyarakat perniagaan atau peringkat mana jua, ego 'center stage' ini amat dalam berkesan dijiwa insan.
Kesimpulanya kita kembali kepangkal jalan, iaitu Fitrah Allah mencipta semua kejadian. Hanya sanya Dia sahaja yang maha menetahui keburukan dan kebaikan jika kita sampai di persimpangan jalan. Bukan 'tepuk dada tanya selera' sebagai jawapan tetapi munajat di malam sunyi untuk penjelasan dan untuk mendapat rahmat belas kasihan sebagai bekalan seterusnya dalam kehidupan. Agar nanti di Alam Barzah kita dapat beristirihat dalam penuh kepuasan, merasa nikmat allah yang kekal berpenjangan. Amin.
No comments:
Post a Comment