"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, May 6, 2009

...... catatan minda

KESUNYIAN

Dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
Dari Al Aqsa ke Sidratulmutaha
Terus bertemu Allah yang maha besar
Menerima wahyu Nya bersolat lima

Masjidil Haram sentiasa penuh manusia
Dari pelusuk dunia tidak kira tua muda
Tapi Al Aqsa kesunyian, lengang tiada siapa
Hanya wanita dan orang-orang tua

Al Aqsa merindui tapak-tapak yang mengaku hamba setia
Tetapi di mana mereka dan di mana kita?
Hanya sanggup berkata, "kalaulah aman di sana
Kan ku pergi ikut suka, bila-bila masa"

Tetapi.....
Adakah cukup sekadar berkata dibibir tanpa usaha
Ayuh bangun bebaskan Al Aqsa dari cengkaman musuh durjana
Jangan sekadar berdiam diri, menanti takdir Ilahi
Nanti malu untuk berdepan dengan Sallahuddin Al Ayubi

Jangan kita mengira bangsa
Jadikan Iman perisai didada
Menggadai nyawa agar Islam kembali berkuasa
Agar Al Aqsa tida lagi akan kesunyian
Tidak lagi merindui suara dan bisikan pengabdian
Bumi barakah seperti disebut dalam Al Quran
Membawa Rahmat kepada semua sepanjang zaman.


....................................................................................................................................................................


YAHUDI....

Yahudi di belakang kita, di hadapan kita, di sisi kita
Betapa tidak........
Jasadnya tidak wujud
Tetapi minda nya menyerang berleluasa
Anehnya kita tidak sedar dan tidak mahu sedar
Kita marah pula pada yang sedar dan mahu menyedarkan
Itu katanya ekstremis, Islam itu sederhana
Dengan makna yang itu boleh dan yang ini pun boleh
Solat, puasa dan lainnya dikerjakan tanpa tinggal
Tetapi pergaulan bebas dan kemungkaran yang lain juga diamal
Ia dianggap tiada kaitan dengan iman
Katanya iman letaknya dihati, hanya Tuhan yang mengetahui
Tidak mahu mereka meyakini
Tanggapan itu meleset jauh dari ajaran Nya.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ampunilah kami dan didiklah kami
Semoga Redha Mu meliputi hidup dan mati
Dan semoga tidaklah rugi hidup kami
Seperti Yahudi yang Engkau laknati.



............................................................................................................................................................


MENGAPA AKU TERBELENGGU.

Aku masih kesal mengapa aku biar minda ku beku
Terbelenggu dan dibelenggu.
Mengapa bebal hingga tertipu dan terperdaya
Dan percaya Bahasa Arab tidak membawa kita kemana-mana.

Aku diasuh dan diajar Bahasa Inggeris itu utama
Konon katanya itu Bahasa antarabangsa semua manusia.
Bahasa Arab hanya sekadar untuk orang Islam menegak agama
Tiada nilai komersial, sains, teknologi atau apa jua

Bila dewasa ku cuba melawan arus dan berfikir beza
Namun usaha ku untuk mengangkat Bahasa Arab tidak berjaya
Katanya Bahasa itu untuk Imam dan Qadhi semata
Aku ditanya terus ditanya..........
Siapa yang mahu menerima mereka untuk bekerja.
Katanya ia tidak mampu membina jati diri untuk tidak meminta-minta
Ia cuma omong kosong madrasah lapuk yang tiada misi visi yang nyata.

Kini umurku sudah jauh melepasi medan peluang berbicara
Hati pilu, sedih dan kecewa
Kerana nada yang sama masih ku dengar di sini sana
Setiap diri harus bertanya dan ditanya
mengapa kita masih sangsi Bahasa Arab adalah alat menakluk dunia
Meyakinkan manusia sejagat Al Quran itu unggul meliputi Bahasa nya
Tanpa wujudnya hidup di dunia tidak bermakna
Bukan fenomena kebetulan semata
Buka Bahasa terrorist yang kononnya berideologi gila
bukan bahasa manusia bertamadun rendah seperti hasutan musuh durjana.

Bahasa Arab bahasa pilihan Pencipta insan
Pasti ada rahsianya dan hikmahnya perlu diterokai berterusan
Ia penghubung maha Pencipta dengan manusia untuk mencari kesejahteraan
Bukan setakat dipelajari dan dibanding Bahasa lain di pasaran.

Ayuh kita semua berbahasa Arab, lembaran baru dalam Jihad
Langkah jitu untuk mencapai kejayaan sebelum ke liang lahad
Mengharap janji taman-taman indah tempat kita beristirehat
Dari sekarang kita berjuang Bahasa Arab kita junjung mertabat.
Moga Allah membela kita dan di sisi Nya kita berdarjat
Mendapat kurnia RahmatNya di dunia dan di akhirat.








No comments:

Related Posts with Thumbnails