"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, May 29, 2009

anak jiran anak kita - anak yatim anak kita


Hari ini Jumaat 29 Mei 2009. Ingin merakamkan kerinduan pada anak-anak teman karib Mahanum Hitam, (anak-anak Yatim dan Miskin) di Kampung Pengkalan Ara, Chenderong Balai, Teluk Intan.


Pertubuhan Mawaddah Malaysia menganggap anak-anak ini adalah anak-anak kami jua. Dalam kemampuan yang kami ada, kami dari masa kemasa akan berkunjung dan membuat program motivasi dan lain-lain sebagai usaha mendidik dan membina minda mereka supaya mereka dengan pertolongan Allah dapat menjadi dewasa yang dapat menyumbang pada agama, masyarakat dan negara. Ada diantara anak-anak ini adalah anak-anak jalanan yang terbiar dan ada anak-anak orang pelarian dari Myanmar. Sesiapa yang ingin menyumbang apa jua boleh menghubungi kami. Dalam kehidupan "mewah" yang ada di Malaysia ini sukar kita hendak mendapatkan sukarelawan untuk meluang masa membantu seadanya. Tetapi alhamdulilah, rezki anak-anak ini melempah luah dari segi kewangan. Cuma kami inginkan sokongan moral untuk berinteraksi dengan anak-anak ini agar mereka merasai mereka tidak terpinggir dan dipinggir. Alhamdulilah Mahanum Hitam punya daya kesabaran dan keluhuran untuk memberi segala-galanya kepada anak-anak ini. Rakan-rakan terharu dengan kegigihan ini dan semoga Allah memberi kesihatan dan kekuatan zahir dan batin untuk meneruskan khidmat bakti ini.

Pertubuhan Mawaddah Malaysia juga punya program "ANAK JIRAN ANAK KITA" yang sekarang ini dilaksana di Shah Alam kerana ramai ahli-ahlinya adalah di Shah Alam. Saya masih ingat semasa saya kecil dahulu (dalam tahun lima puluhan) saya hormat dan sayang pada pakchik makchik jiran. Kalau buat salah takut mereka nampak sebab pasti ia akan dilapor pada emak saya sendiri. Konsep extended famili waktu itu hingga ke jiran. Hari ini konsep ini amat tipis sekali. Hubungan anak saudara pun sudah amat renggang mengikut pemerhatian yang ada. Inikan pula anak jiran. Selalu kita mendengar ungkapan "it takes the whole village to raise a child". Sekarang ini hubungan denga nenek dan datuk pun sudah banyak yang renggang. Kadang kala kita dengar sungutan-sungutan orang-orang tua rindukan cucu. Anak-anak nanti beri alasan: " Tak bole balik, Mak. anak ada tuisyen, ada kelas piono etc, etc." Alangkah malang nenek dan datuk. Jauh lepas ke belakang. Kalau miss tuisyen sekali dua apa salahnya. Semacam kita lebih kepada "kebendaan" daripada kasih sayang. Jangan hairan satu hari nanti budaya Islam Melayu akan berubah rupa. Anak-anak dan cucu-cucu akan menjadi lebih individualistik. Jadilah kita macam negara yang menganggap dirinya maju. cara kita mengolah keluarga sudah tidak lagi mengikut al Quran Di dalam al Quran ada prinsip-prinsip kekeluargaan. Antaranya ayat-ayat dalam Surah Lukman. Ikuti tafsirnya. Yang unggul dalam pendidikan adalah akhlak yang berpaksikan paradigma Tauhid.

Jadi kalau kita kembali pada fitrah yang Allah corakan seperti yang disebarkan oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad saw, kita akan punya keterbukaan minda dan hati untuk benar-benar luhur dan mudah menganggap anak jiran itu adalah anak kita, apatah lagi anak yatim yang memang disebut khusus di dalam al Quran, tak kira ia kaya atau miskin. Anak yatim adalah amat istimewa kerana Rasullullah adalah juga anak yatim.

Anak-anak yatim di Teluk Intan yang disebut di atas tadi, seperti juga anak-anak yatim di tempat-tempat lain perlu sokongan padu. Saya berpendapat sesiapa yang masih bekerja sekarang jangan terlalu mengatakan " I want to help, but I dont have the time" itu kesilapan yang saya lalui. Eluk kita katakan, " ya Allah I want to help. Grant me the wisdom and other attributes so I can help them".

Dengan itu, insyaAllah kita boleh mula sekarang. Jangan tunggu esuk kerana esuk mungkin bukan untuk kita.









No comments:

Related Posts with Thumbnails