Hanya profesyen guru yang namanya disebut dalam doa orang-orang yang soleh. Alangkah istimewanya. Di hujung doa untuk apa jua kebaikan akan di sebut, "dan juga untuk guru-guru ku".Oleh kerana guru adalah satu istilah yang luas, maka ramailah yang tergolong dalam kategori ini. Rasulullah saw pun diajar oleh Malaikat Jibril. Tidak akan ada apa jua profesyen jika tidak ada guru.
Bagi ku guru yang sangat istimewa ialah Miss Tan Lee Kiang. Beliau menjadi guru kelas ku pada tahun 1962. Amat prihatin pada anak murid hingga sekarang, walaupun kini sudah melebihi 60 tahun. Beliau dalam lingkungan awal 70 an. Masih lagi memberi maklumat tentang bagaimana mengawal penyakit dan mengirim risalah-risalah tentang makanan dan pemakanan. Cara beliau bercakap dan bertindak seolah-olah kita ini masih anak-anak muridnya.
Di sekolah dulu beliau tidak menunjukan pikih kasih, sama ada pada yang pandai atau yang kurang pandai, yang Melayu atau yang bukan Melayu, yang asal kampung atau yang asal dari bandar. Beliau sentiasa menolong. Sebenarnya pada murid Melayu beliau sangat prihatin. Akan memberi buku-buku cerita bahasa Inggeris untuk kita yang tidak berkemampuan membeli.
Semasa bekerja dulu kalau berjumpa akan memberi tahu siapa yang disekeliling nya bahawa kita anak muridnya. Tidak pernah marah. Hanya kata-kata merangsang minda. Dari awal dia mengajarkankita semua bagaimana mengambil nota, bagaimana mengulang kaji dan lain-lain lagi. Sangat mengkagumkan lebih-lebih lagi ketika itu murid-murid Melayu ramai yang tidak berkemampuan. Bukannya guru-guru Melayu tidak prihatin, tetapi Miss Tan Lee Kiang menampakan kasih sayangnya hingga kita dah dewasa pun.
Kini beliau agak uzur tetapi belum berpeluang untuk menziarahinya. Tapi doa ku semoga satu hari beliau mahu menjadi seorang Muslim.
No comments:
Post a Comment