"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, May 3, 2009

keserasian

Tidak lama lagi satu keputusan amat penting dalam hidup munkin terpaksa dilakukan .Ramai orang kata apabila kita menghadapi sesuatu masaalah, selalunya kita mendapat perasaan fahaman yang seolah-olah ada perkara-perkara dalam hidup yang tidak boleh diubah.Sekali fikir ungkapan itu tidak betul. Tapi bila fikir dalam-dalam perasaan lagi jadi celaru. Mudah saja orang memberi nasihat. Jangan fikir panjang dan jangan fikir susah-susah. Ingat saja Allah dan bertekad bahawa kita mesti percaya qadha dan qadar. Tapi Allah pun suruh kita berfikir. Jadi bagaimana kita membuat pertimbangan.

Fakta keserasian dalam hidup, adakah ia dalam pemikiran atau ia dalam perasaan? Keserasian dalam hubungan melibatkan banyak fakta.Kalau dalam hukum hakam Islam kalau sesaorang itu berhajat mendirikan rumah tangga maka faktor sekufuk harus diambil kira sewajarnya. Nanti takut -takut tidak terjalin keserasian. Tetapi definasi sekufuk pun susah hendak dihurai tepat-tepat. Adakah dari latar belakang fakta sosio-ekonomi, pendidikan, status sosial ibu bapa dan lain sepertinya atau apa sebenarnya.

Oleh yang demikian kata Tok Guru , kita pegang saja fakta iman, iaitu pendidikan agama. Ini pun sebenarnya pun susah untuk dibuat pengukuran dalam masa yang singkat, kerana iman bukan boleh diukur dengan kelulusan yang terbukti di atas kertas. Dengan pemerhatian yang agak lama pun sesaorang tidak dapat menentukan tahap keimanan yang sebenarnya kerana keluhuran iman perlu kepada pembuktian. Pembuktian yang bagaiman pula yang harus dilihat. Nyata kesmua ini tidak dapat sesaorang itu menentukan dengan keyakinan seratus peratus.

Menapa pula kita mengatakan demikian? Mungkin kerana fakta keserasian ini ada kaitan terus dengan latar belakang sosio budaya yang dilalui oleh sesaorang. Ia juga ada kaitan terus dengan pengalaman senang susah yang dilalui ketika remaja, dan juga kepada latar belakang keibu-bapaan yang dialaminya. Jadi apakah kesimpulan yang dapat kita pegang.

Terpulang........................................

No comments:

Related Posts with Thumbnails