"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, May 8, 2009

menantu pilihan

Teringat peristiwa semasa bekerja dahulu.Sepuluh tahun dahulau bukan masa yang singkat untuk meningat kembali perbualan-perbualan denga rakan-rakan sejawatan dan rakan-rakan seperjuangan. ketika itu belum ada menantu lagi dan selalu kami bebual dan melawak tentang perihal mencari atau mendapat menantu.

Teringat juga seorang teman yang muda lebiah kurang tiga tahun tetapai ketika itu telah menantu dan telah dikurnia seorang cucu. Tesermpak di pasar tetakala membeli barang-barang keperluan dapur.
"Seorang saja?" aku bertanya.
"Tidak," jawabnya, "member (suami) ada tunggu kat kereta."
"Oo, kuat ke angkat barang berat tu?" aku bertanya seolah-olah simpati dengan tanggong jawabnya.
"Inilah nasib," tiba-tiba ia berkata. "Dulu semasa anak kecil kita pergi pasar. Ini ada anak besar, ada menantu kita juga yang pergi pasar," dia berkata sambil gelak-gelak.
"Tak apalah kita masih kuat. Nanti kita dah tak kuat tentu dia orang tolong." aku berkata cuba meyenangkan hatinya atau mengurangkan penyesalannya kerana pastinya dia lebih selesa kalau ada anak atau menantu yang membantu ke pasar, terutama pasar lama yang kotor dan sempit. Tetapi oleh kerana harga lebih murah dari pasar yang 'modern' maka ke situ jugalah perginya.

Diketika yang lain teringat juga sembang-sembang kosong dengan rakan-rakan diwaktu rehat tengah hari di pejabat.Cerita pilih menantu ketika itu memang popular.
"I suka kalau dapat menantu yang faham kesukaan dan karenah I sebagai ibu.Harap-harap kalau dapat menantu ia suka memasak. Renganlah sikit kerja I di dapur."
"Jangan haraplah anak-anak sekarang," menyampuk seorang kawan yang lain."You tak percaya tengoklah. Nanti dia orang bangun lambat, especially on week ends. Katanya penat sepanjang minggu.Kita dulu dengan mak -mak kita jangan harap kita dapat bangun lambat. Pasti kena berleter.
"Ialah. Bukan kita tak berleter anak-anak kita, tetapi tak tahu kenapa dia orang buat dek aje. Kita dengan mak mertua sekurang-kurang malu kalau tak tolong di dapur. Tak pandai masak macam dia pun kita duduk di dapur. Menyebuk itulah, inilah."kata seorang kawan lagi.
"I pulak tak apa tak tolong di dapur, tapi pantang sekali kalau depa tu tidur sampai tengah hari. Anak ke, menantu ke, memnag I tak boleh tahan. Sebab I kecil sampai dewasa sampai la ni pun I tak tidur sampai bangun lambat. I will get up and do something, just anything. I tak apa tak tolong di dapur kalau I tengok anak dan menantu buat apa jua yang tidak membuang masa dengan tidur. Kata mak -mak zaman dulu tidur pagi tak dapat rezki, papa dan kalau tidur lepas asar, gila. Rupanya kata ustaz ada hadis yang kata begitu"
"Tak apalah kalau tak tolong masak. Kemas bilik dan ruang tamu pun jadilah" kata yang lain. "Kalau kita nak sindir, kita beli makan untuk sarapan dan lepas tu untuk tengah hari." dia menyambung.
"Anak-anak sekarang terlalu manja, bukan kita manjakan tapi tak tahu kenapa manja. Nak kata malas, kita bukan keturunan orang yang malas-malas. Macam mana tu?"

"Kita ni kritis benar pasal nak pilih menantu. Agaknya kalau kita pusing dunia tiga atau empat kali pun tak dapat kita menantu yang ideal. Yang unggullah kata orang melayu." seorang kawan menyimpulkan sembang-semban tadi. Lepas tu semua balik ke tempat masing-masin. Ada yang terus tersenyum sendirian mengingat anak-anak zaman cyber sekarang. Kalau boleh masak, kemas rumah dan lain-lain dengan robot agaknya tak adalah masaalh. Tapi masaalah lain pulak timbul.

Apa yang sebenarnya dikhuatirkan sekarang ialah keadaam individu, keluarga dan masyarakat yang makin hari makin renggang perhubungan antara satu sama lain.Teknologi telah mula mengambil alih aspek adab dan budi bahasa yang amat dipandang berat oleh golongan sebelum dunia cyber meleluasa. Siapa yang harus beperanan untuk mengembalikan hubungan ini. Anak-anak sekarang tidak mahu menalipon. Sentiasa guna SMS. Dulu sekurang-kurangnya kita mendengar suara kalau tak sentuhan kasih sayang. Sekarang ini teknologi sudah menjajahi hati-hati nurani genarasi kini. Kalau balik rumah orang tua, lama duduk di depan t.v kalau tidak tidur. Tu=iadak mahu sembang kosong. Lebih baik bukak vcd atau lain-lain dan duduk bersama tapi mata kearah terminal TV. Alangkah menakutkan senario ini.

Cucu-cucu pun kalau dipakasa duduk bersama dengan keluarga pun mereka akan sibuk main game dalam telefon. Alangkah sedihnya. Dulu anak-anak remaja mahu juga sembang dengan datuk nenek, tetapi sekarang datuk/nenek yang kena banyak memulakan segalanya. Tak hairanlah kalau nanti satu hari fenomena yang terjadi di negara barat akan juga jadi di Malaysia. Semoga Allah lindungi dan ini tidak terjadi.

Satu cara ialah harus ada satu gerakan yang serious untuk mengembalikan hal-hal kerohanian kepada masyarakat. Janganlah kita sibuk berhibur hinga maksiat yang menjadi hasil .Eluk kita tubuh kumpulan dalam masyarakat untuk untuk menimba ilu mengenal apa itu hidup dan apa itu kehidupan. Haruasa ada kumpulan yang sentiasa mengingatkan masa berjalan tanpa disedari dan pengaruh Yahudi menyerap juga tanpa di sedari. Siapa agaknya yang harus menggerakan kumpulan-kumpulan seperti ini?

Mari kita fikirkan bersama dan terus bertindak ikut kemampuan. Jangan tunggu hari esuk. Kerana esuk munngkin bukan untuk kita.


1 comment:

CS said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts with Thumbnails