"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, May 7, 2009

wahai guru

Wahai guru.......
Dulu pepatah mengatakan : guru itu ibarat lilin
Membakar diri untuk menerangkan orang lain
Kini ada yang berkata : guru adalah ibarat limau kasturi
Ia sungguh wangi dan mewangikan setiap kali
Namun.......
Wangi itu akan hanya sermebak terserlah
Jika ia dikupas, dipicit-picit atau dibelah-belah

Wahai guru,
Lilin atau limau kasturi atau apa jua gelaran diberi
Pengorbanan tetap menjadi dasar jati diri
Tidak mengenal penat lelah dan tekanan kerja dari kanan dan kiri.
Siapa jua ia ajar, ia didik dengan kasih sayang penuh menyedari
Bahawa guru itu tetap guru diminda dan dihati
Di bilik darjah atau di masyarakat atau ketika menyendiri.

Guru sentiasa munajat agar anak didik berjaya cemerlang
Bukan mengikut acuan masyarakat yang tidak mengenal al Quran
Didikan harus mengikut Sirah dan contoh sejarah Islam gemilang.

Akhlak menjadi sasaran utama
Mengenal paradigma Tauhid dan menjadi pejuang menegak agama
Bukan sekadar boleh melaksana kewajipan yang lima
Tetapi dapat memakmurkan dunia dan segala isi didalamnya.






No comments:

Related Posts with Thumbnails