"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, May 2, 2009

....PERGINYA SAADAH DIN

Hari ini rasa sayu kerana tiada lagi rakan ku Saadah Din.Allah lebih sayang padanya dan telah menjemputnya uuntuk pulang kepangkuan Nya.Agak terkilan tidak dapat menziarahinya dan tidak dapat mensolat dan mendoakan nya. Namun aku sunguh-sungguh memohon semoga Allah telah meredhainya dan menempatkan dia bersama-sama para syuhada', sidiqin dan solehin. Moga alam Barzah merupai taman tempat ia beristirehat sambil menunggu hari Penentuan, dan semoga Hari Penentuan itu hari yang mudah baginya. Inilah doa ku untuk diri ku dan inilah doa yang ku pohon bagi teman yang telah banyak membantu hidup ku terutamanya semasa bertugas dahulu.

Allah yarham Saadah Din sentiasa manis rupa muka, sentiasa gelak dalam celah-celah kemarahannya dan akan menjelingkan matanya bila tidak gemar pada sesuatu di depan nya.Jiwanya murni, suka membantu dan amat sayang pada anak-anaknya. Setiap insan melalui pahit manis dalam hidup, dia pernah berkata. Tapi sikapnya positif dan ia punya 'sense of humour' yang tinggi. Tidak berhenti tertawa kalau bersamanya. Orangnya murah hati. Selalu sahaja menjemput rakan dan staf di pejabat menjamu selera di rumahnya. Dia selau berlapang dada walaupun aku tahu ada perkara-perkara yang tidak dapat diselesaikan semuanya.

Dia amat peka dengan cara anak-anaknya membawa diri dalam hidupnya dan sentiasa membantu dengan cara yang boleh menyentuh hati orang yang memahaminya.Hingga akhir hayatnya, ada anak yang sentiasa bersamanya."Tak boleh jauh dai Mak" katanya dengan senyum lebar tetekala ku ziarahi dia di rumahnya.Walaupun ketika itu ia sudah nampak amat uzur, tapi masih boleh menunjukan keazaman yang yang tinggi untuk terus memperjuangkan diri dalam dunia Allah yang Fana ini. "Sobah you must come again and I will cook lunch for you" katanya sambil ia memeti k pucuk daun keledek dan labu yang ditanam di belakang rumahnya untuk ku bawa pulang. Akan sentiasa aku ingat ini kerana sifatnya yang sentiasa suka meraikan kawan-kawan.

Itulah Allahyarham Saadha Din. Rasanya sampai di sini aku mampu memperingatinya kerana rasa sayu ini amat ku rasakan.Lagi sekali ku berdoa bagi diriku dan dirinya semoga Allah menerimanya dan taman-taman Syurga tempat ia kembali. AMIN.

No comments:

Related Posts with Thumbnails