"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, August 25, 2009

"CERITA-CERITA" RAMADHAN 2

Hari ini bilangan kawan yang bersama dalam tadarus sepanjang hayat bertambah 3 orang lagi. Alhamdulillah. Mungkin esuk ada lagi yang ingin memecah tradisi kebanyakan Masjid supaya bertadarus sambil membaca terjemahan atau tafsir. Alhamdulilah, cuma perlu istiqamah dan peka bahawa ilmu "is not an end in itself. It is a means to an end". Ada seorang kawan kata , kita jangan asyik sibuk menuntut ilmu tetapi tidak memunafaatkan nya. Dan, kata beliau, kita munafaatkan untuk diri dan juga untuk orang lain. Kerana dalam Islam kita dituntut untuk menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Belum sempurna Iman kalau tidak sama-sama memikirkan tentang kebajikan orang lain.

Pada hari puasa yang kedua, Pertubuhan Mawaddah Malaysia meraikan lebih kurang 50 orang anak yatim dari Jalan Kebun, Kelang. Saya hanya membantu sedikit kerana badan kurang sihat. Ia dianjurkan bersama dengan beberapa individu dan pelajar UNISEL. Usaha yang kecil tetapi seronok melihat mereka seronok. Tapi yang mengkagumkan saya hari itu ialah apabila bersolat jemaah dengan anak-anak perempuan. Ketua mereka menjadi Imam seperti dilatih oleh gurunya. Ia berumur lebih kurang 15 tahun dan setiap perlakuan ia sungguh tertib. Ruku' nya lama dan sujudnya lagi lama. Jarang sekali saya mengalami perilaku ini. Saya ditarbiyah oleh seorang ustaz dari Aceh, Ustaz Faisal, lama dulu lagi supaya lama sujud. Saya sudah amat dewasa ketika itu. Dan yang saya saksikan hari itu mengkagumkan saya kerana mereka masih kanak-kanak. Alhamdulilah. Pengurus dan guru-gurunya amat prihatin untuk mendidik yang terbaik. Anak yatim adalah anak-anak yang istimewa, dan kalau mereka kaya sekalipun kita kena rai'.

Kita sama-sama berdoa semoga mereka menjadi sebahagian dari generasi yang bertaqwa. Amin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails