Hari ini tadi saya melihat YAB Timbalan Perdana Menteri ditemuduga oleh wakil RTM di TVI semasa penamaan Calon pilihan Raya kecil di P. Pinang. Apa yang mengejutkan pemerhatian saya ialah beliau memakai 'mask' tutup hidung seperti yang dipakai oleh sebahagian rakyat Malaysia yang takut dijangkitai wabak H1N1. Dan saya terbaca (di mana tak ingat) kebelakang ini yang mengatakan bahawa YB Menteri kesihatan memberi jaminan bahawa wabak ini belum sampai keperingakat dharurat. Tetapi kenapa YAB TPM memakai tutup hidung itu.? Bukankah ini menggambarkan bahawa beliau sudah rasa takut akan wabak ini.
Tetapi rakyat bagaimana?
Kenapa rakyat dibiarkan tertanya-tanya? Adakah ini bermakna kalau yang mati disebabkan H1N1 itu rakyat biasa, maka itu lumrah? Kenapa rakyat dipinggirkan dalam hal ini. Semacam tidak cukup amaran. Saya kecewa sebab pemimpin selalu mengatakan rakyat didahulukan. Pemimpin sayang pada rakyat dan pemimpin sanggup berkorban untuk rakyat.
Alangkah bahagianya kalau apa yang dikata itu dikota! Rakyat hanya mampu berdoa semoga Allah swt melindungi dari terjebak dengan wabak ini. Allah yang maha mengetahui dimana letaknya kebenaran dan dimana letaknya keadilan.

Kurang bijak? Di Bandung membeli- belah tanpa memakai 'mask'
3 comments:
Jika TPM memakai "mask", kita perlu ikut la contohnya. So, pakailah mask. Bukan mudah nak istihat darurat. Banyak benda perlu dirancang. Bukan boleh istihar je. Beri masa pada pemimin buat perancangan.
Pesanan saya pada penulis artikel ni.. gunakan "mask" bila di tempat awam..
lu pikir lah sendiri..
_____________________
View Profile: Rantong™
Alhamdulillah. Masih ada yang membaca fikiran saya. Betul atau tidak fikiran itu,ia adalah soal lain. Yang pasti bagi diri saya ialah: ZIKIR, FIKIR, IKHTIAR. Saya berfikir lah maka saya tulis demikian.Setiap pemikiran saya dahulukan degan doa mohon petunjuk Ilahi. Dan saya ikhtiar mengelak cara yang saya tahu dan diberitahu. Ingatkan boleh bergantung pada pemimpin. Silap saya.Saya kurang mengerti cara anda berfikir.T. kasih atas saranan.
hmmm... kasarnya en. rantong bercakap dengan orang tua.
bukan ke boleh sampaikan pesanan tu dengan lebih lembut?
Post a Comment