Dalam Al Quran Allah berfirman yang bermaksud:
" Dan Tuhan mu memberi ilham kepada lebah, 'hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung ganang, dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.'

'Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan dan turutlah jalan-jalan peraturan Tuhan mu yang di ilhamkan dan dimudahkannya kepada mu,' (dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai penyakit) sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir".
Tafsir Ar Rahman mengatakan bahawa Allah jua yang memberi ilham kepada lebah membuat sarangnya pada tempat-tempat yang tersebut di atas. Pembentukan sarang lebah yang demikian rapinya, cara hidupnya di dalam sarangnya yang cukup teratur, dan lengkap dengan rajanya, pengawal-pengawalnya dan pekerja-pekerja yang ditugaskan keluar menyedut madu bunga pokok-pokok tanaman dan tumbuh-tumbuhan untuk dibawa ke sarangnya dari tempat sejauh-jauhnya dan tentang caranya mengeluarkan madu dan menyimpannya dengan sebaik-baik dan sebersih-bersihnya, adalah kesemua itu menjadi dalil-dalil yang nyata yang membuktikan kebijaksanaan dan kekuasaan Allah yang menjadikannya.
Dan di dalam hadith pula ada disebut tentang madu lebah menjadi ubat penawar untuk berbagai-bagai penyakit dan ini di akui oleh ahli-ahli perubatan lama dan baru.
Dengan maklumat di atas bijak pandai hari ini berkata: BIARLAH KITA HIDUP SEPERTI LEBAH. IA MAKAN HANYA YANG BAIK-BAIK, DAN IA MENGELUARKAN APA YANG BAIK, DAN JIKA IA HINGGAP DIMANA JUA, DI BATANG YANG RAPUH SEKALIPUN, IA TIDAK AKAN ROSAK BINASA LANTARANNYA."
Dan ilmu sains moden mengatakan bahawa lebah hanya menggunakan lebih kurang 6% dari madu yang diusahakan nya untuk menyara hidupnya. Yang lain ia tidak ambil untuk dirinya. Ini fitrah kejadiannya.
Setiap kali saya mendengar cerita lebah seperti ini teringatlah saya seorang teman di Johor Baharu yang sangat mengambil contoh kehidupan lebah. Ia menggunakan hanya apa yang benar-benar perlu untuk diri dan keluarganya. Yang lain diinfakan untuk yang memerlukan. Contohnya, apabila beliau membeli kenderaan ia akan menyediakan buget terlebih awal dan kemudian dia akan mencari di pasaran kenderaan mana yang termurah dan beliau akan membeli yang termurah mengikut keperluannya. Penjimatan yang terdapat terus diinfakkan. Alangkah mulia tindakkannya. Dia tidak mencari kenderaan yang terbaik, yang tercanggih walaupun dia mampu berbuat demikian.
Saya sendiri cuba mencontohinya, tapi belum terlaksana. Masih inginkan kenderaan yang agak selesa. Tetapi fakta keselesaan adalah suatu yang relatif. Mungkin kerana inilah maka ada individu-individu yang akan membeli kenderaan yang ada "class". Kemudian ada juga individu yang akan memilih nombor pendaftaran yang unik yang hanya satu digit sahaja, walaupun ini bermakna mesti membayarnya dengan harga yang sememangnya tinggi mengikut persaingan tawaran dari mereka yang berminat untuk memperolehinya. Saya yakin rakan saya yang di Johor Bahru ini tidak akan memelih tindakan seperti ini. Beliau mengatakan ramai orang yang memerlukan pertolongan kita. Kenapa kita perlu bermewah-mewah kalau saudara seIslam kita masih fakir miskin dan tidak upaya.
Melihat sikap zuhud yang ada padanya saya cuba sedaya upaya untuk mencontohinya. Kata seorang Ustaz, kita contohi kehidupan lebah dari segi memiliki "kebendaan" dan jangan mencontohi sikap kehidupan semut. Beliau mengatakan dari pemerhatian sains, komuniti semut rajin berusaha untuk menyara kehidupannya. Semut akan mengumpul keperluan untuk kehidupannya hingga seolah-olah ia akan hidup lama.Dari permerhatian sains, semut bekerja mengumpul untuk kegunaan selama 6 tahun, wal hal ia hanya hidup enam atau tujuh bulan sahaja. Yang tinggal, membazir sahaja, tidak dapat digunakan oleh lainnya.
Kalau dapat kita simpulkan, mengikut kata Ustaz, Lebah mecari, memiliki dan memberi. Semut hanya suka memiliki, sangat lebih dari apa yang dia perlu. Maka dengan yang demikian saya teringat pula kisah seorang Islam yang berhampiran dengan rumah saya. Khabarnya dia telah membeli sebuah rumah bunglow yang harganya lebih kurang RM 2 juta. Saya terkejut bila saya lihat rumah ini dirobohkan kesemuanya untuk didirikan rumah yang baru. Alangkah sayangnya! Pastinya tuan punya tanah yang baru ini amat kaya jika dibanding dengan purata orang Islam di Malaysia. Saya takut ini adalah satu pembaziran walaupun dia punya kekayaan yang berlebihan. Alangkah baiknya kalau dia beri pada rakyat Palestin yang amat terdesak kehidupan mereka sekarang ini.Atau beri kepada siapa jua mengikut asnaf yang lapan. Di kawasan perumahan saya memang banyak yang berbuat demikian, tetapi mereka bukan Islam. Baru ini saya lihat seorang Islam berbuat demikian.
Dalam sejarah, Khalifah Umar al Khatab pernah mengutus surat pada Abu Musa Al Asri supaya bersikap 'konaah' dengan rezki kerana Allah telah melebihi rezki pada seorang atas seorang. Masing-masing Allah Uji. Yang diberi lebih diuji, dan yang diberi kurang pun diuji. Yang lebih diuji bagaimana ia mensyukurinya, (seperti memberi pada yang hak) dan yang Allah sempitkan rezkinya diuji bagaimana ia bersabar.
Mari kita renongkan dan muhasabah diri. Semoga Allah memelihara kita untuk sentiasa bertindak mengikut syariatnya dan contoh-contoh dari sahabat-sahabat nabi dan orang-orang yang soleh.
Waallahua'lam.

No comments:
Post a Comment