Pada hari baik bulan baik ini, Ramadhan Kareem, saya teringat sembang- sembang saya dengan anak-anak bila kesempatan kerana hari ini saya rasa kurang sihat.Tambahan pula ini tadi di kelas tafsir harfiah ada kawan yang mengatakan ustaz pesan jangan samapi masa mengaji menuntut ilmu terlalu padat hingga tidak berkesempatan untuk memunafaatkan ilmu yang telah ada di dada.
Dalam konteks itu saya selalu mengingatkan anak-anak saya jangan bertangguh untuk buat perkara-perkara yang baik. Kalau tunggu lepas bersara bagi yang makan gaji, swasta atau kerajaan, percayalah ! keadaan kesihatan tidak seperti dulu lagi. Mata kabur dan lutut kendor adalah sebahagian dari kekurangan itu. Saya dah kata awal-awal lagi bahawa antara perkara yang baik yang tidak boleh ditangguh-tangguh ialah menuntut ilmu sebanyak mungkin. Sibuk dan tidak ada masa itu adalah alasan semata-mata. Pepatah Melayu kata: hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh. Janji-janji Allah yang dapat difahamkan mengatakan: Buat apa yang Aku suruh Rahmat ku akan bersama. Kalau kita benar-benar dan sungguh-sungguh pasang niat, Allah akan turunkan pertolongan dan beri kemudahan. Tidaklah pula nak kata kita tak perlu bersusah payah. Dalam bersusah payah itulah Allah nilai komitmen kita.Kita iringi juga dengan doa yang tidak putus-putus kerana Rahmat Allah tidak boleh diambil ringan.
Saya suka bercerita pada anak saya semasa saya mengikuti kursus Diploma Pengajian Islam di UKM dalam pertengahan tahun lapan puluhan dahulu. Jalan di Sungai besi itu amat jem kerana lumba kuda. Kelas diadakan setiap Sabtu jam 3 petang hingga 7 malam. (Tak silap ingatan begitulah.) Pergi jem balik pun jem. Kereta saya pun tidak ada hawa dingin. Kepanasan tak terkira. Tapi alhamdulilah, saya dapat menamatkan kurus itu. Saya tak pergi ambil Diploma itu pun sebab saya hanya mahu ilmunya. Saya selalu ulang-ulang pada anak saya cerita ini. Dia senyum lebar saja. Sekarang dia ada Masters degree. Takkan diploma pengajian Islam tak boleh buat. Tak kira apa cara sebenarnya, atau apa format pengajian sekalipun. Yang penting kita mengaji sekarang bukan tunggu bila dah bersara.
Kalau setakat diploma itu pun kita belum boleh berpuas hati. Ia hanya setakat "touch and go". Belum mendalam langsung. Ketika itu saya cuba mendaftar Diploma Syariah dengan harapan untuk lebih mendalam. Tetapi tidak dibenarkan kerana ramai yang belum pernah mendaftar, berpusu-pusu untuk mendaftar. Ketika itu tidak banyak University yang menawarkqn kursus seperti itu. Kemudian setelah tiga tahun (1990) saya mendaftar pula Diploma Islamic Studies di University Islam Antarabangsa. Konon kalau nak dakwah dalam Bahasa Inggeris, tahulah sedikit sebanyak istilah-istilah yang digunakan. Semua ini perlu jadi 'juggler' dari segi masa. Kalau kita kata kita sibuk dengan anak-anak, percayalah ! nanti bila sudah bersara kita disibukkan pula dengan menolong tengok-tengokkan cucu. Waktu mana pun dugaan pasti ada. Kalau kita mengaji pasal Islam anak dan cucu kita pun akan dapat munafaatnya.
Bila dah bersara, percayalah! masa akan jadi lebih pendek. Sebab buat kerja makin lambat. Ingatan pun makin kurang. Nak buat hafalan doa atau ayat-ayat lazim pun terpaksa mengambil masa berulang-ulang kerana sel-sel di otak telah banyak yang lemah. Kemudian bersusah payah pula dari segi mencari masa. Bukan sahaja buat kerja makin lambat, kita perlu masa berehat lebih panjang kerana badan sudah tidak steady seperti dulu.
Kalau tunggu selepas bersara baru nak mengaji, bila pula nak laksana. Laksana untuk diri sahaja tidak mencukupi. Kita kena laksana konsep ilmu yang dimunafaatkan seperti yang dituntut dalam Islam. Kalau kita duduk atas jawatan yang boleh menggubal dasar, tetapi kita tidak ada ilmu tentang Islam, maka ada kemungkinan dia jadi "counter-productive" dari segi Islam. Risiko nya amat tinggi. Kadang kala takut buat dasar yang terus terang bercanggah dengan Islam.(mohon Allah simpangkan).
Tambahan pula, proses pembersihan hati nurani makan masa yang panjang, Namun saya tidak nafikan ada yang tidak begitu kerana semua mengikut kehendak Allah. Tetapi eluklah kita berikhtiar lebih dan buktikan kesungguhan pada Allah swt. Selain dari kelas-kelas yang formal seperti diploma yang saya sebut di atas, kita perlu menghadap Tuan Guru dalam kumpulan yang kecil supaya dapat bertanya kemusykilan. Nak cari guru yang mursyid pun satu usaha yang mencabar. Ia proses yang berterusan insyaAllah hingga kita rasa mantap demgan ilmu yang kita perolehi.Banyak konsep dalam Islam yang perlu kita faham. Yang terpenting di sini ialah kefahaman aqidah. Ini kita tidak boleh tunggu hingga bersara baru nak mula.Kerana ilmu tauhid itu kait mengait. Jadinya banyak ilmu yang perlu dipelajari serentak.
Sebagai kesimpulan, Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu kifayah amat luas. Yang Fardhu Ain mesti beres dulu. Kerana itu pokok. Jangan tunggu lepas bersara. Jangan buat alasan tentang masa dan kesibukan kerja. Dalam umur Emas ini pun saya masih terus mencari dan mengaji. Alhamdulilah Allah masih beri ruang dan peluang. Kadang-kadang rasa terkilan juga tidak mula dari umur dua puluhan. Umur tiga puluhan baru mula pandang kiri pandang kanan., pandang belakang dan pandang depan. Saya mohon Allah ampunkan dosa kecuaian dan ketidak- pekaan ini.
Ada peristiwa-peristiwa yang unik dan mendebarkan dalam proses mengaji dan mempelajari yang saya lalui. Mungkin saya kongsikan dilain kali. Perjalanan saya masih jauh, masih banyak yang belum diterokai, masih banyak yang belum difahami. Tetapi masa makin singkat. Kesihatan dan kekuatan minda makin terhad Semoga Allah sentiasa memberi pertolongan dan memandu saya kejalan yang lurus kerana dalam mencari-cari dan memahami kewujudan makhluk vis-a-vis kewujudan Allah, banyak ranjau disepanjang jalan. Hanya Allah yang maha mengetahui dan Allah yang maha berkuasa atas segala sesuatu. Kita mohon perlindungan dari Syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan. Semoga kita dapat merasakan kasih sayang Nya dan semoga Allah meredhai hingga keakhir hayat. Amin.

No comments:
Post a Comment