"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, August 17, 2009

Kita Melihat Perilaku Haiwan, Kita "melihat" Allah.



Lima hari yang lalu anak saya pulang dari negeri China membantu adik ipar saya mengendali booth pameran perdagangan di Xining, di daerah Qinghai.a Banyak gambar-gambar yang diambil dan saya amat tertarik dengan hasil penggambaran itu. Antaranya ialah gambar binatang-binatang di ladang-ladang sepanjang perjalanannya dari Qinghai ke Wulan.

Dalam menatap gambar-gambar itu teringat saya kepada cerita-cerita binatang dalam T.V di bawah program "Animal Planet" di Astro. Antara yang meyentuh hati saya ialah cerita haiwan liar, Gajah. Gajah adalah binatang yang terbesar di muka bumi sekarang yang belum pupus. Semoga Allah melindungi haiwan itu dari sifat tamak makhluk yang bergelar Manusia.

                                                     Gajah di Taman  Zoo Negara, Malaysia

Dalam rencana itu diceritakan bahawa Gajah adalah binatang yang suka hidup dalam kelumpuk. Ia tidak mencari makanan dari tempat ke tempat seekor diri. Dalam kelumpuk itu ada ketuanya dan dalam fahaman saya dia adalah seekor gajah jantan yang tertua dalam kelumpuk iitu. Gajah adalah binatang yang mengambil berat tentang kebajikan dan keselamatan ahli kelumpuknya walau pun seekor.

Dalam satu ketika penonton T.V ditunjukan dengan satu peristiwa dimana sekelumpuk gajah mahu menyerbangi sungai. Sungai itu tidak deras airnya dan kesemua dapat menyerbani melainkan seekor gajah "remaja".Dia berteriak dan berteriak supaya ditunggu atau ditolong kerana nampaknya macam dia takut hendak menjejakan kakinya ke dalam air.Gajah-gajah yang tua pun berteriak balik seolah-olah cuba meyakinkan gajah muda ini supaya memberanikan diri dan menyerbangi sungai. Setelah beberapa lama mencuba gajah yang tua itu pun mengalah dan "mengarahkan" semua gajah-gajah ynag dalam kelumpuknya supaya menyerbangi sungai balik keseberang yang asal.

Lihat bagaimana kelumpuk itu tidak akan bergerak melainkan semuanya selamat. Saya kagum dengan cerita haiwan seperti itu kerana bila saya kenang-kenang dan fikir-fikir kembali mengenai makhluk yang digelar manusia ini, sikap seperti itu amat berkurangan sekali. Kita pula yang berfalsafah  "survival of the fittest".

Dalam peristiwa yang lain pula penonton di ceritakan dengan kisah seekor gajah yang baru melahirkan anak tetapi malangnya anak itu mati sejurus dilahirkan. Ibu gajah ini tidak berganjak dari tempat ia melahirkan selama dua atau tiga hari. Dia cuba mengangkat-angkat anaknya dengan belalainya supaya bangun berdiri tetapi tidak berhasil.  Tetapi ia tetap mencubanya berterusan hinggalah seekor gajah betina tua menghampirinya dan berteriak-teriak sambil ia sendiri mengangkat-angkat anak gajah itu seolah-olah memberi tahu ibunya bahawa anak itu telah mati. Setelah beberapa ketika barulah ibu gajah ini meninggalkan tempat itu.

Saya pun kagum melihat peristiwa ini. Lihat bagaimana seekor IBU gajah tidak akan mengambil ringan keselamatan anaknya. Betapa kasih sayangnya terserlah walaupun hanya makhluk yang bergelar Haiwan. Tetapi kita lihat setengah manusia sanggup membuang bayinya sendiri seperti yang kita lihat dalam masyarakat Malaysia. Saya tidak tahu siapa lagi yang patut dipersalahkan selain ibu pada bayi itu. Kenapa nilai yang ada pada diri tidak lagi mengikut fitrah yang Allah telah kurnia dalam naluri seorang ibu?

Eluklah kita renong bersama kerana dalam Islam kita harus bantu membantu dalam menangani masaalah .Kita kembali pada fitrah dimana Allah swt telah mengajarkan pada manusia melalui Nabi junjungan kita  Muhamad Rasulullah (saw) mengenai semua prinsip hidup dan kehidupan.Jangalan kita dilekakan  dan terpedaya dengan unsur-unsur yang namapak seperti suatu yang baik tetapi sebenarnya ia adalah suatu maksiat larangan Allah.Jika kita tidak peka maka kehidupan kita akan jadi haru-biru. Semoga Allah memberi kita taufik dan hidayahNya.
Waallahua'lam.

1 comment:

Hareez Haiqal ™ said...

gajah mmg istimewa..
Allah merupakan pencipta yg amat agung!

Jikalau ada masa..
jemputlah ke blog saya
http://haiqal2020.blogspot.com

bnyk info ttng gajah!
:)

p/s: ketua gajah ialah gajah betina paling tua :)

Related Posts with Thumbnails