"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, August 9, 2009

MENITI KEHIDUPAN, MENCARI KEDAMAIAN

Malam kelmarin walaupun rasa badan terlalu penat aku pergi menziarahi seorang ahli keluarga semata-mata untuk menjalin kemesraan dan untuk menunjuk contoh bahawa hubungan silaturrahim ini suatu yang mesti diberi keutamaan.Keluarga ini masih muda yang baru mendirikan rumahtangga dan baru bertatih untuk menjalani hidup yang serba mencabar. Sebenarnya cabaran hidup bukan hanya di bandar-bandar tetapi juga di kampung-kampung. Pengaruh gejala sosial yang dahulunya hanya di bandar kini telah menular ke kampung pula.

Alkisah dalam perbualan kami, timbul pula cerita-cerita yang menarik perhatian. Cerita-cerita yang berkaitan dengan soal isi hati dan perasaan harus didengri kalau kita mahu mencari jalan untuk cuba meringankan beban pemikiran sesaorang. Bukan semestinya perbualan antara dua hati dapat menyelesai masaalah, tetapi ia dapat sedikit sebanyak melihat masaalah yang ditanggong dari sudut yang berlainan. Dengan ini adalah diharapkan cara bertindak akan dapat disesuaikan dengan penemuan yang munkin dapat disimpulkan dari pendekatan yang berlainan ini. Kadangkala kita akan tertumpu pada satu sudut sahaja dan ini biasanya akan menghalakan kita ke jalan yang buntu.

Keluarga muda ini berasal dari kampung yang amat jauh dari bandar. Rata-rata penduduk di kampung itu miskin dan anak-anak pun kurang yang berpelajaran. Jangankan berpelajaran tinggi, pendidikan sekolah menengah pun ramai yang terkandas dan akhirnya tidak dapat mengubah tahap ekonomi keluarga yang sedia ada. Kemiskinan boleh menjadi punca segala masaalah tetapi ianya bukan semestinya penentu bagi kegagalan.

Kegagalan hidup bermula dari minda yang sempit. Minda yang sempit adalah disebabkan tiada pendedahan yang mencukupi untuk membolehkan sesaorang itu bertindak rasional. Kurang pendedahan juga bererti kurang ilmu pengtahuan. Ilmu pengetahuan adalah punca utama yang mendorong sesaorang ke arah kegagalan, bukannya kemiskinan.

Dipendekan cerita, keluarga muda ini mempunyai sanak saudara di kampung yang mahu mula berniaga secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan setelah bersara dari perkhidmatan awam. Usaha ini amat murni memandangkan jumlah bayaran persaraan pun amat rendah dan masih ramai anak yang bersekolah. Mereka mahu membuka kedai runcit dan warong menjual makanan memandangkan lokasi yang strategik, ia itu di tepi jalan raya dan belum ada pengusaha demikian rupa di kawasan tersebut.

Malangnya mereka belum mengetahui budaya perniagaan dan belum memahami bahawa dalam dunia perniagaan kita memerlukan sikap positif seperti keperhatinan, kerajinan, kesabaran, budi bahasa halus untuk menarik pelanggan, daya ketahanan, yakin diri dan berbagai lagi. Yang penting sekali kita mesti mengambil berat tentang perlakuan ibadah fardhu ain, kalaupun kita kurang dalam ibadah fardhu kifayah.

Keluarga muda ini mahu membantu dan mengeluarkan modalnya sendiri untuk membeli perkakas dan bahan perniagaan untuk permulaan.Tetapi oleh kerana tiada keperhatinan dari mereka yang dibantu, maka usaha murni ini tidak menampakan potensi untuk maju. Aku menasihatkan untuk melihat semula tindakan yang telah diambil dan memeriksa semula sama ada suasana dan jiwa perniagaan ada dijiwa saudara yang ingin dibantu ini. Dari cerita yang diberi tidak nampak ada potensi dayamaju kerana katanya mereka ini tidak menunjukan kesungguhan. Mereka sentiasa bangun dari tidur lewat pagi, dan kadang-kadang hingga tengah hari belum bangun lagi. Oleh itu pelanggan yang mulanya dahulu datang membeli keperluan, lama kelamaan menukar haluan dan berbelanja di tempat lain walau pun mereka mengatakan tempat itu jauh.Si ayah tidak menunjuk contoh pada si anak. Apabila diberi nasihat mereka kurang senang dan rasa tersinggung, konon katanya dia lebih tua dan dia tahu apa yang dia buat.

Dengan sikap seperti ini jelas tidak akan berjaya, bukan sahaja dalam perniagaan tetapi dalam kehidupan umumnya. Aku sebenarnya telah membuat pmerhatian sendiri bahawa usaha ini mungkin menemui jalan buntu kalau mereka tidak mengubah sikap. Tetapi perubahan sikap bukan sesuatu yang boleh dibuat secara tiba-tiba. Ia memerluka tarbiah dari awal lagi. Di sinilah kekurangan yang amat nyata yang aku sendiri tidak dapat membantu. Yang dapat aku katakan pada keluarga muda ini ialah supaya mereka mengambil iktibar dari kisah ini dan mengorak langkah untuk berbuat sesuatu yang mengubah dasar pada sikap, dan pada prinsip penghayatan hidup mereka. Terutamanya pemahaman mengenai kewajiban mereka terhadap Allah swt mesti dirombak dan diterapkan semula.

Dicelah-celah peristiwa ini aku bertanyakan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kehidupan. Aku percaya cerita yang diberi tahu pada ku bukan fakta terpenting dalam kegagalan memajukan usaha untuk perniagaan ini. Mesti ada sebab yang lainnya. Selepas beberapa ketika timbulah kisah sebenar, iaitu mereka ini telah bercerai berai walaupun belum secara rasmi.. Isteri ke tempat lain dan suami telah berkahwin lagi. Tetapi isteri muda tinggal jauh di negeri lain. Anak-anak pula  tiada yang benar-benar berjaya dalam hidup kalau dilihat dari ukuran manusia biasa. Maka aku berkata pada keluarga muda ini bahawa mereka itu hidup dalam keadaan yang serba tidak kena, merasa tekanan kekeluargaan, tekanan kewangan dan tekanan pendidikan anak-anak. Oleh yang demikian aku membuat kesimpulan pada ahli keluarga muda ini untuk melihat semula senario yang ada dan dia sendiri harus banyak bermunajat dan berdoa agar Allah menurunkan hidayah dan pertolongan dan ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Walaubagaimanapun aku mengatakan padanya bahawa kesabaran bukan bererti duduk diam dan menanti agar berlaku perubahan. Kesabaran bererti kesungguhan untuk berusaha agar mencapai perubahan yang dicita-citakan. Tidak ada jalan pintas dalam meniti kehidupan. Kalau kita tidak minta pertolongan pada Allah, pada siapa lagi. Tetapi pertolongan hanya datang setelah kita menunaikan segala kewajipan ke atasNYA, iaitu membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.Nawaitu dalam kehidupan perlu diperbaharui dalam ruang lingkup mentauhidkan Allah swt.

Sebenarnya tiada siapa yang terlepas dari masaalah dalam kehidupan. Dan masaalah ini datang dalam berbagai bentuk. Aku sendiri menghadapi berbagai masaalah tetapi yang penting nya ialah kita harus mencari penyelesaian yang membawa kepada kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Yang lebih penting ialah untuk akhirat kerana di dunia ini jangka masa hidup amat pendek sekali berbanding dengan kehidupan di akhirat. Aku berkata pada ahli keluarga muda ini supaya rajin-rajin berdoa dan berfikir dan berikhtiar. Semoga pertolonan Allah dekat dan kita dikurnia limpah RahmatNya.

 Memghayati kedamaian dalam ciptaan Allah swt.
 

2 comments:

noraini said...

salam sobah. Tepat nasihat anda kembali kepada fitrah suci mentauhidkan Allah dan mencontohi kesabaran Rasulullah saw. Perlu banyak pembacaan terutama alquran dg faham maknaya, pendedahan dg orang-orang soleh dan jgn abaikan fardu kendiri- ain. 24 jam Allah beri, beri sikit masa merenung 3 soalan: dari mana aku datang. kenapa aku di jadikan dan kemana aku akan pergi. Just join your concern as part of amal soleh bekal alam barzah. Wassalam

ngasobahseliman said...

I will pass on your points to this relative of mine.

Related Posts with Thumbnails