Tiga hari dulu saya balik dari lawatan ke Jakarta, Bandung dan Bogor di Indonesia. Tujuan lawatan ialah untuk memperluas pemandangan dan menghayati keindahan alam ciptaan Allah Macam biasa sahaja lawatan ini. Cuma yang istimewanya saya pergi bersama rakan seperjuangan yang melawat Jakarta dan Bandung untuk mengeratkan hubungan dengan jemaah di Darul Tauhid di Bandung. Saya akan cerita pengalaman di Pasentren itu dalam kesempatan yang lain. Hari ini saya hendak bercerita rahsia kehidupan seorang Ustaz yang berjiwa waja dan sikapnya menarik perhatian saya.
Rakan saya telah mengaturkan perjalanan ke Bogor dengan sebuah kenderaan yang agak mewah. Alhamdulillah. Sepanjang lawatan saya bersyukur Allah mengurniakan keselesaan melalui rakan ini. Saya pernah ke Bogor 30 tahun yang lalu dan pastinya Bogor hari ini sudah banyak berbeza. Kami terus ke daerah Sukaraja, tidak jauh dari bandar, cuma lebih kurang setengah jam dengan lalulintas yang amat sibuk. Tujuan ke Bogor ialah untuk menemui Ustaz dan melihat perkembangan pembangunan pasentrennya.
Ustaz ini namanya Ustaz Maulana. Dia sudah menunggu dan dari jauh saya sudah nampak dia melambai-lambaikan tangannya tanda seronok. Suami saya pun ikut sama dalam lawatan ini dan dia juga nampak seronok kerana kami telah sampai ke Pasentren yang selalu Ustaz menceritakannya pada kami semasa kami mengenalinya di Kuala Lumpur lebih lima tahun yang lalu. Ketika itu Ustaz mengikuti pengajian di peringkat Phd di bidang Bahasa Arab di University Malaya. Sebelum itu Ustaz berada di University al Azhar di Cairo, Egypt.
Pasentren Ustaz diberi nama Darus Sa'adah. Kecil sahaja dan hanya menempatkan seramai lebih kurang 50 pelajar dari umur 7 tahun hingga 14 tahun. Kesemuanya lelaki dan tinggal di tingkat atas. Di tingkat bawah terletak musolla dan tempat pengajaran dan pembelajarann. Ustaz tinggal disebelah bawah lereng bukit dengan isteri dan empat orang anak, lelaki kesemuanya.
Cerita yang saya ingin kongsikan di sini ialah berkenaan kegigihan usaha yang tidak mengenal penat lelah. Semasa merancang penubuhan Pasentren ini Ustaz mungkin berumur 45 tahun dan sekarang ia dalam lingkungan awal lima-puluhan. Untuk membiayai Pasentren tersebut saya lihat tanaman-tanaman sayur-sayuran dan pokok-pokok ubi keladi ada di sekeliling bangunan utama Darul Sa'adah. Kolam menternek iwak lelenya berada dilereng bukit di sebelah bawah. Saya bertanya mengapa Ustaz memilih menubuhkan Pasentren yang memerlukan kerja fisikal dan mental yang kuat, menekala Ustaz boleh mengajar di peringkat University dan tidak perlu berpanas mengerjakan ladang singkong dan sayur-sayuran serta menjaga kolam-kolam ikan untuk mendapatkan hasil membiayai Pasentran yang ada.
Dengan senyum Ustaz mengatakan memang sudah menjadi cita-cita dari dulu lagi untuk menubuhkan Pasentren sebab impiannya ialah untuk membentuk generasi yang menitikberatkan hal-hal fardhu ain dan fardhu kifayah. Dia mengatakan sistem yang cuba diterapkan ialah suatu yang sepadu antara ilmu akademik dan ilmu kerohanian. Saya lihat badannya tegap sihat dan mudah tersenyum. Dalam hati kecil saya mengatakan inilah komitmen seorang yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi. Dari perkenalan di Malaysia lagi suami saya dan saya sudah tertarik dengan sikapnya yang sentiasa sibuk berbuat sesuatu untuk menambah pendapatannya dan juga untuk mencari badan-badan atau orang-orang persaorangan yang boleh menaja Pasentern yang ketika itu sedang dirancang pembinaannya.
Suami saya dan saya dan rakan-rakan yang bersama dalam lawatan itu rasa kagum dengan kerajinan dan kegigihannya. Ada kalanya saya teringat kenapa saya tidak segigih itu. Pendekatan saya semasa muda dulu amat elitis. Itu suatu kesilapan yang cuba saya ubah dari sejak saya mula mendalami ilmu Ad Din Islam. Saya selalu memohon ampun atas kesilapan-kesilapan seperti ini. Walaupun saya dari keturunan pendatang dari tanah Jawa dan terpakasa berkerja kuat untuk berjaya, tetapi saya tidak terlintas untuk berdikari dan berusaha sendiri dan tidak " makan gaji" untuk menyara hidup.
Inilah rahsia keistimewaan hidup dalam perjuangan walaupun mencari penyaraan diri dan dan penyaraan perjuangan secara menternak iwak lele (ikan keli)dan berladang. Perjuangan menegakkan kebenaran Allah swt sememangnya bukan suatu yang mudah. Nilai-nilai hidup seperti inilah yang suami dan saya cuba menerapkan pada anak-anak dan semoga sempat kepada cucu-cucu. Kami berjanji pada diri-diri kami untuk mencari jalan membantu usaha murni ini denga apa jua cara yang mungkin. Semoga Allah menurunkan pertolongannya dan memudahkan segala urusan. Semoga kami diberi kesihatan yang sempurana kerana perjuang seperti ini memerlukan kekuatan fisikal yang tidak kurang pentinganya.

Ustaz no. 2 dari kiri. Latar belakang ladang singkong.
Dengan teman teman dalam lawatan.
Bangunan utama Pasentren Darus Sa'adah
Ternakan Iwak Lele (ikan keli)
No comments:
Post a Comment