"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, August 24, 2009

"CERITA-CERITA " RAMADHAN

Alhamdulilah telah dua hari kita menyempurnakan puasa dan hari ini hari ketiga. Tetapi nak cerita sikit. Pada hari pertama aku terpaksa berbuka awal kerana gula dalam darah amat rendah sekali (hypo), dan waktu itu baru jam 10.30 pagi. Aku mengidap kencing manis dan walaupun malam sebelumnya ketika sahur aku telah kurangkan ubat, tetapi keadaan gula dalam darah tidak menentu. Aku rasa lemah dan menggeletar. Itu bukan pertama kali terjadi dan oleh kerana masih ada lebih kurang 9 jam lagi untuk buka puasa, aku terpakasa buka awal kerana takut ia jadi lebih mudharat kalau oxygen tidak naik ke otak. Semoga Allah mengampuni kecuaian ku menjaga kesihatan diri. Kalau ini sudah kehendakNya, maka aku mohon kesabaran dan memohon belas kasihanNya.

Pada hari terjadinya hypo aku terpaksa bergesa-gesa balik dari masjid kerana ketika itu sedang mengikuti sessi tadarus. Alhamdulillah hari kedua keadaan stabil dan semoga hari ini dan seterusnya Allah kurnia kesihatan yang sempurna. Ikhtiar ku ialah memberhentikan pengambilan ubat dan memonitor level gula dengan alat yang diberi oleh hospital.

Bercakap pasal tadarus pula, kumpulan ku cuba untuk bertadarus sepanjang hayat, iaitu termasuk bulan-bulan selain Ramadhan. Kami tidak khatam di akhir Ramadhan kerana tidak kesempatan kerana kami membaca juga terjemahannya dan juga membaca asbabul nuzulnya. Ini tahun kedua dan setakat ini kami baru sampai surah al Khahfi. Dengan cara ini kami mengharapkan kefahaman kami mengenai isi al Quran akan menjadi lebih bermakna. Di samping itu kami juga menghadiri kelas tafsir dan juga tafsir harfiah. Semoga Allah memberkati usaha ini dan kami dikumpulkan bersama-sama orang-orang yang berzikir dan bertafakur dan bersama-sama ahli fikir dan Ulul Albab di akhirat yang abadi. Rasanya masih jauh perjalanan, namun kami memohon keredhaan Allah dengan usaha permulaan seperti ini.

Itu coretan buat kali ini. Semoga esuk Allah masih mengurniakan kesempatan untuk pengabdian yang lebih sempurna.

No comments:

Related Posts with Thumbnails