Dalam kesempatan yang dahulu saya ada membincangkan sedikit perihal masa. Ketika itu saya hanya menyentuh bagaimana manusia biasa menggunakan dan mengawal masa. Hari ini saya terpegun sebentar (masyaAllah) bila saya ditunjukan oleh seorang Ustaz tentang berapa jauh beza antara masa yang Allah cipta untuk manusia dan masa yang Allah cipta untuk malaikat dan lain-lain makhluknya. Kita telah pun mengetahui bahawa Allah tiada bermasa dan tidak bertempat. Maha suci Allah dari apa jua yang serupa denganNya.
Lihat surah An Nahl ayat 77 yang bermaksud: "Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan tiadalah hal kedatangan hari Qiamat itu melainkan seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat; sesungguhnya Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu."
Dari segi masa, fakta yang kita hendak lihat ialah "kedatangan Hari Qiamat itu seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat." M. Quraish Shihab memberi tafsiran yang saya petik sebahagiannya seperti berikut:
"Ayat ini dapat di fahami dalam erti bahawa persoalan Qiamat adalah sesuatu yang amat mudah bagi Allah swt, kerana itu jangan duga Qiamat tidak dapat terjadi.Qiamat datang dengan cepat. Ia terjadi begitu dengan tibanya ketetapan Allah. Kedatangannya mengejutkan semua makhluk. Untuk memberi contoh yang dapat mendekatkan pemahaman kepada manusia, maka mudah atau cepatnya peristiwa Qiamat itu adalah seperti kerlingan mata, bahkan lebih mudah dan cepat daripada kerlingan mata itu.
Benar, peristiwa Qiamat bagi Allah lebih mudah dan lebih cepat dari kerlingan mata manusia, kerana betapapun mudah dan cepatnya mengerling bagi manusia, ia masih memerlukan alat, syarat, gerak dan waktu (masa) untuk mewujudkan kerlingan itu. Berbeda halnya dengan Allah swt yang tidak terikat dengan syarat, tidak memerlukan alat, tidak juga memerlukan waktu."
Surah Yasin, ayat 82 Bermaksud seperti berikut: " Sesungguhnya perintahNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanya berfirman kepadaNya, 'kun (jadilah)' maka ia jadi." Perbuatan Allah tidak bergantung pada masa kerana dia tidak perlu pada masa. Hanya manusia yang perlu pada masa.
Dalam konteks ini saya berpendapat cerita tiga orang lelaki muda di Gua Kahfi yang diceritakan dalam al Quran boleh juga dilihat sebagi fakta masa itu adalah kurnia Allah semata-mata. Walau pun sudah berada di gua dalam keadaan tidur untuk lebih 300 tahun, tetapi dirasai oleh mereka seolah-olah baru ketiduran selama semalam jua. Mereka hairan apabila mendapati mata wang yang dipunyainya sudah tidak boleh digunakan lagi.
Kemudia kita beraleh pula pada fakta masa yang Allah swt kurnia pada malaikat dan Jibril. Kita lihat surah Al Ma'arij ayat 4 yang bermaksud: "Naiklah malaikat-malaikat dan Jibril kepadaNya dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun."
Tafsir Jalalain mengatakan masa yang lama yang dirasakan oleh orang kafir, ialah kerana penderitaan dan kesengsaraan yang mereka temui pada hari itu. Ada pun orang yang beriman merasakan hal itu amat pendek. Demikian menurut keterangan yang disebut dalam al Hadith. Kata Ustaz saya ayat ini boleh juga dilihat sebagai bukti bahawa masa yang Allah kurnia pada para malaikat dan khusus nya Jibril amat istimewa sekali. Sememangnya beban tugas para malaikat amat berat dan rumit. Tetapi masa adalah hak Allah yang mutlak dan dengan itu telah membolehkan para malaikat bekerja dengan suatu kepantasan yang tidak terduga oleh akal manusia biasa.
Kesemua ini membuktikan Bahawa Allah swt mempunyai kudrat yang kamil, iaitu yang maha sempurna. Ilmunya juga maha sempurna. Semua rahsia yang ghaib adalah ciptaanNya dan Maha Suci Allah dari segala bandingan. Justeru kita sujud memohon ampun atas segala kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri kita. Masa dua puluh empat jam sehari semalam bagi kita manusia adalah kurnia Allah yang amat berharga Dan Allah juga bersumpah dengannya agar manusia tidak merugikan diri sendiri. Lihat Surah Al 'As ayat 1-3 yang bermaksud: "Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
WaAllahua'lam.
Rahsia Langit dan Bumi belum berkehabisan terokaan Manusia.
Lihat surah An Nahl ayat 77 yang bermaksud: "Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan tiadalah hal kedatangan hari Qiamat itu melainkan seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat; sesungguhnya Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu."
Dari segi masa, fakta yang kita hendak lihat ialah "kedatangan Hari Qiamat itu seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat." M. Quraish Shihab memberi tafsiran yang saya petik sebahagiannya seperti berikut:
"Ayat ini dapat di fahami dalam erti bahawa persoalan Qiamat adalah sesuatu yang amat mudah bagi Allah swt, kerana itu jangan duga Qiamat tidak dapat terjadi.Qiamat datang dengan cepat. Ia terjadi begitu dengan tibanya ketetapan Allah. Kedatangannya mengejutkan semua makhluk. Untuk memberi contoh yang dapat mendekatkan pemahaman kepada manusia, maka mudah atau cepatnya peristiwa Qiamat itu adalah seperti kerlingan mata, bahkan lebih mudah dan cepat daripada kerlingan mata itu.
Benar, peristiwa Qiamat bagi Allah lebih mudah dan lebih cepat dari kerlingan mata manusia, kerana betapapun mudah dan cepatnya mengerling bagi manusia, ia masih memerlukan alat, syarat, gerak dan waktu (masa) untuk mewujudkan kerlingan itu. Berbeda halnya dengan Allah swt yang tidak terikat dengan syarat, tidak memerlukan alat, tidak juga memerlukan waktu."
Surah Yasin, ayat 82 Bermaksud seperti berikut: " Sesungguhnya perintahNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanya berfirman kepadaNya, 'kun (jadilah)' maka ia jadi." Perbuatan Allah tidak bergantung pada masa kerana dia tidak perlu pada masa. Hanya manusia yang perlu pada masa.
Allah swt Maha Pencipta
Walau pun demikian, Allah boleh memberi keistimewaan kepada sesiapa sahaja yang ia kehendaki. Kita lihat pula peristiwa Israk dan Mikraj junjungan besar Nabi Muhamad saw. Perjalanan dari Masjid Al Haram di Kota Mekah ke Masjid Al Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin dan kemudian diangkat naik melepasi Sidratul Muntaha dan bertemu Allah swt dan kemudian kembali semula hanya memakan masa satu malam.Dalam konteks ini saya berpendapat cerita tiga orang lelaki muda di Gua Kahfi yang diceritakan dalam al Quran boleh juga dilihat sebagi fakta masa itu adalah kurnia Allah semata-mata. Walau pun sudah berada di gua dalam keadaan tidur untuk lebih 300 tahun, tetapi dirasai oleh mereka seolah-olah baru ketiduran selama semalam jua. Mereka hairan apabila mendapati mata wang yang dipunyainya sudah tidak boleh digunakan lagi.
Kemudia kita beraleh pula pada fakta masa yang Allah swt kurnia pada malaikat dan Jibril. Kita lihat surah Al Ma'arij ayat 4 yang bermaksud: "Naiklah malaikat-malaikat dan Jibril kepadaNya dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun."
Tafsir Jalalain mengatakan masa yang lama yang dirasakan oleh orang kafir, ialah kerana penderitaan dan kesengsaraan yang mereka temui pada hari itu. Ada pun orang yang beriman merasakan hal itu amat pendek. Demikian menurut keterangan yang disebut dalam al Hadith. Kata Ustaz saya ayat ini boleh juga dilihat sebagai bukti bahawa masa yang Allah kurnia pada para malaikat dan khusus nya Jibril amat istimewa sekali. Sememangnya beban tugas para malaikat amat berat dan rumit. Tetapi masa adalah hak Allah yang mutlak dan dengan itu telah membolehkan para malaikat bekerja dengan suatu kepantasan yang tidak terduga oleh akal manusia biasa.
Kesemua ini membuktikan Bahawa Allah swt mempunyai kudrat yang kamil, iaitu yang maha sempurna. Ilmunya juga maha sempurna. Semua rahsia yang ghaib adalah ciptaanNya dan Maha Suci Allah dari segala bandingan. Justeru kita sujud memohon ampun atas segala kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri kita. Masa dua puluh empat jam sehari semalam bagi kita manusia adalah kurnia Allah yang amat berharga Dan Allah juga bersumpah dengannya agar manusia tidak merugikan diri sendiri. Lihat Surah Al 'As ayat 1-3 yang bermaksud: "Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
Allah swt Maha Pencipta
WaAllahua'lam.
No comments:
Post a Comment