Hari hari dibulan Sya'ban berlalu laju. Akan tibalah Ramadhan yang ditunggu2. Seorang teman Ustazah Maznah namanya, dalam satu penulisannya memberi peringatan untuk membuat persedian rapi agar kita dapat memunafaatkan bulan yang mulia ini. Jangan tinggalkan ibadah-ibadah sunat dan banyak memohon keampunan, adalah antara beberapa perkara yang disarankan. Ya, ku pohon doa semoga Allah memberi peluang pada ku untuk dapat bertemu Ramadhan nanti. Kalau ditakdirkan Allah ada rancangan yang lain, ku pohon apa jua yang Allah tentukan adalah yang terbaik bagi ku. Dan aku mohon Allah redha pada diri ku.
Sementara itu aku tertanya-tanya adakah masjid yang terdekat dengan rumah ku ini akan menjemput Imam khas untuk mengetuai Solat Tarawih. Mungkin seorang al Hafiz atau siapa jua sebagai "menukar selera". Kadang kala teringin juga berjemaah dengan Imam yang baru bukan untuk selamanya, tetapi beberapa hari dalam Ramadhan.
Secara peribadi aku berdoa mendapat Imam yang slow sedikit dalam bacaan dan gerak solat kerana makin tahun makin lutut ini kurang prestasinya. Maklumlah sudah masuk zon umur enam puluhan. Walauapa pun, semoga Allah menurunkan RahmatNya dan Ramadhan ini menjadi lebih bererti untuk ku dan untuk jemaah sekelian.

No comments:
Post a Comment